Tuesday, July 18, 2017

Lawatan ke Istana Alam Shah. Klang Selangor. ( Eat Travel Write 5.0 )



Lawatan ke Istana Alam Shah, Klang, Selangor / Acap kali lalu melimpasi istana terpegun melihat keindahan rekabentuk yang gah dan tak pernah gagal mencuri pandangan sesiapa sahaja yang lalu walau jauh di depan mata mahupun di kaca media. Pada kali ini, saya berpeluang melawat Istana Alam Shah dalam anjuran Gaya Travel Magazine, Tourism Selangor, UPEN Selangor dalam  (EAT Travel Write 5.0). Alhamdulillah.

Istana Alam Shah ini dibina pada waktu pemerintahan Sultan Alaudin Sulaiman Shah iaitu pada Tahun 1905,Sultan Selangor yang ke-5 pada ketika itu dan tinggal di Istana selama 35 tahun sehingga baginda mangkat pada tahun 1938. Sultan Selangor yang ke-7 iaitu Baginda Sultan Selangor Salahuddin Abdul Aziz Shah  dilahirkan di dalam Istana ini. Dibina dengan 15 buah bilik didalamnya  dan yaahh I wonder… what will Istana room’s decoration will look like.. hihi...

Bila kau berada di kawasan landskap yang indah sampaikan kau terbayang cerita-cerita donggeng dulu kala... Terbayang Sang Puteri bersama dayang dayang berlalu melalui tangga  menuju ke tasik memberi makan pada si ikan kaloi atau terbayang Si Rapunzel berambut hitam terkurung di atas Menara..?? Kamu Rasa..?


Tiba sahaja kami di halaman Istana Alam Shah dengan penuh mesra kami disapa oleh Y.A.B Dato’ Setia Diraja, Dato’ Abdul Ghani bin Pate, dan Ketua Penyelia Istana Abdul Kadir Safuan  Serta kakitangan kakitangan Istana yang akan memimpin kami di sepanjang waktu lawatan kami.

Sementara itu, kami dibawa ke dalam Balai Tengah menikmati kudapan pagi istana yang istimewa buat setiap tetamu yang datang berkunjung ke Istana Alam Shah ini. Dan saya suka sangat puding mangga dia.. MashaAllah sedap sangat.!  

Balai Santapan Diraja.

Balai Santapan Diraja  yang dapat memuatkan seramai 1000 orang tetamu didalamnya. Kami difahamkan tentang adab protokol di Balai Santapan Diraja serta kedudukan Sultan dan keluarga diraja serta tetamu yang hadir  di meja santapan.


Balai Tetamu

Selesai groupie, selpie dan posing mengalahkan model ratu barulah kami diberitahu yang laluan tangga ini menuju ke bilik persendirian diraja dan tentulah dilarang masuk.. Di Balai Tetamu ini kebiasaannya tetamu akan menunggu sekiranya ingin berurusan dengan Sultan dan juga merupakan ruang perantaraan antara ruang menunggu tetamu dengan laluan ke bilik persendirian Sultan dan Isteri.  Di setiap ruang Istana ini dihiasi dengan barang barang perhiasan yang lama dan bersejarah untuk tatapan tetamu istana yang datang.


Balai Menghadap

Dari Balai Tetamu kami dibawa ke Balai Menghadap. Sofa mewah dan selesa dan luas diukir dengan ukiran yang elegan dan keemasan menampakkan lagi ciri ciri diraja yang direka khas  untuk Istana. Kami difahamkankan ruang ini hanya digunakan untuk Sultan menyambut tetamu-tetamu kehormat, pemimpin luar negara dan duta duta penting. Dan kami dilarang keras duduk di beberapa buah kerusi yang dikhaskan untuk Sultan. Dan yeaahh..terasa diri ini orang penting seketika.  Selfie Time.! 

Balairung Seri

Kami di kumpul disini dan diperingatkan sekali lagi agar tidak mengambil sebarang gambar atau video di dalam Balairung Seri. Kami difahamkan sedikit adab dan protocol apabila melakukan upacara angkat sumpah dan penerimaan darjah daripada Sultan yang selama ini hanya dilihat di kaca TV. Kami juga difahamkan satu sudut yang ditempatkan khas untuk pemain muzik melayu dan hanya orang yang tertentu sahaja yang dapat bermain dengan peralatan muzik khas itu. Menjadi adat melayu Islam tiap kali memasuki pintu rumah dan bilik mengucapkan salam dan begitulah kami diperingatkan sebelum memasuki ruang balairungseri ini agar adat dan adab sentiasa terjaga. Alhamdulillah.

Bilik Sultan, Balai Pengampunan dan Balai Dewan.

Bilik Sultan yang digunakan untuk melakukan kerja kerja harian baginda. Kemas, selesa dan luas. Hanya bersebelahan dari bilik pejabat sultan adalah Balai Pengampunan dimana disitu sultan akan membuat keputusan yang penting contohnya rakyat yang meminta keampunan daripada dihukum gantung sampai mati dan banyak perkara lagi. Di Balai Dewan Diraja merupakan tempat mesyuarat persidangan bersama anggota dewan dibuat.



Di sudut laluan dalam Istana penuh berhias dengan gambar gambar bersejarah yang kebanyakkannya saya tidak pernah lihat sebelum ini, kami terhenti seketika di satu sudut mengamati sebingkai lukisan besar yang cukup dikenali iaitu satu bingkai gambar yang dilukis seorang pelukis yang terkenal dan sangat berbakat untuk melukis kembali gambaran di waktu pegumuman merdeka di Dataran Merdeka. Lama kami tenung mencari perbezaan antara bingkai lukisan ini  dengan gambar yang sebenar. Siapa Tahu..?? 


Tidak hanya didalam Istana kami dibawa melawat ke luar istana iaitu Masjid Istana Diraja, Stesen Replika Tajong Pagar, Galeri Bola Sepak dan Galeri Automobil Diraja.

Masjid Istana Diraja

Ruang didalam Masjid Istana Diraja ini tidaklah luas mana namun cukup untuk orang orang istana melakukan upacara upacara rasmi agama seperti Doa selamat, Solat jenazah dan lain-lain. Tilawah Al-Quran  sentiasa dilakukan di dalam masjid ini oleh orang Istana dan jemputan. 

Replika Stesen Tajong Pagar

Terletak di luar Istana bersebelahan dengan Galeri Bola Sepak diraja ada kereta api yang lama menjadi tarikan dan apabila masuk sahaja ke dalamnya saya dapat rasakan seperti berada pada zaman melayu dulu-dulu

Didalam kereta api ini terdapat pelbagai barang barang  dan gambar-gambar lama bersejarah. Dan gambar diatas salah satu darinya yang menjadi hiasan dan tatapan. 

Galeri Bola Sepak
Antara minat dan tidak minat permainan bola sepak ini saya berada di antaranya..  melihat didalam galeri bola sepak  banyak tersimpan koleksi-koleksi pemain-pemain bola sepak yang terkenal sama ada dalam dan luar negera. Saya tertarik dengan keratan akhbar yang merakam saat kegemilangan  pemain bola sepak negara yang pada waktu itu berjaya menewaskan pasukan dari luar negara untuk kelayakan ke Sukan Olimpik.

Galeri Automobil Diraja
Lawatan terakhir di Galeri Automobil Diraja ini menambahkan lagi keterujaan saya apabila melihat depan mata pelbagai koleksi kenderaan antik, vintage dan mewah yang dimiliki oleh Sultan Selangor.  Semua kenderaan yang ada didalam galeri ini disusun dengan teratur mengikut kehendak Sultan Selangor sendiri. Kenderaan yang di pamer di galeri ini ada yang masih digunakan oleh Sultan Selangor.




One Of my Febret Car,,!!! i wish i have one.. hek hek..




Hari ini adalah hari bertuah buat saya kerana berpeluang melawat Istana Alam Shah yang Indah dan bersejarah, mempunyai cerita yang tersendiri dimana saya tak kan dapat di tempat lain. Tak akan berkesempatan saya mendapat pengalaman yang berharga ini kalau bukan dengan kerjasama daripada UPEN Selangor, Tourism Selangor, Majlis Daerah Klang dan Majalah Gaya Travel dalam Program (Eat Travel and Write 5.0). Alhamdulillah dengan kesempatan ini. Terima Kasih.

Alamat : Jalan Istana , Kawasan 1, 41000 Klang, Selangor.

Untuk Lawatan Hubungi Pejabat Sultan Selangor : 03-33713411
Email : psultanselangor@yahoo.com